Tuesday, 17 January 2012

Things happen for a reason.


I've been walked on, used and forgotten and I don't regret one moment of it because in those moments, I've learned a lot. I've learned who I can trust and can't. I've learned the meaning of friendship. I've learned how to tell when people are lying and when they're sincere. I've learned how to be a teenager, and how to grow up when I need to. I've been to hell and back a few times, and I won't ever take what I have for granted. This is life, live it one day at a time. You never know how many days you've got left.


Life is too short to wake up with regrets. So love the people who treat you right. Forget about the one's who don't. Believe things happen for a reason. If you get a second chance, grab it with both hands. If it changes your life, let it. Nobody said life would be easy, they just promised it would be worth it.


Remember that things happen for a reason and if it was meant to be..It would'nt have ended. we should not cry cuz it's gone. we should be happy that it happened. Many people touch our lives in different ways..some come for a while, others stay for a season and show us their magnificent essence for a purpose and then leave. and then theres the people that stay forever, which ultimately are the ones that count. so smile and cheer up.


Sometimes pain becomes such a huge part of your life that you expect it to always be there, because you cant remember a time in you life when it wasnt. But then one day you feel something else. Something that feels wrong only because its so unfamiliar, and in that moment you realize youre happy.


Take chances alot of them. Because honestly, no matter where you end up - and with who, it always ends up just the way it should be. Your mistakes make you who you are... you learn and grow with each choice you make. Everything is worth it. Say how you feel - always. Be you, and be okay with it.


I never regret anything that has happened to me in my life, wether it is making a bad choice, deciding to do something I shouldnt have, saying the wrong thing or not doing something I should have done. because all of these things have given me the knowledge I have today and helped make me who I am today. and that is one thing I will never regret.


Mistakes are a part of being human. Appreciate your mistakes for what they are: precious life lessons that can only be learned the hard way. Unless it's a fatal mistake, which, at least, others can learn from.


Whatever is meant to be will be and you just have to trust that things happen for a reason. It's made handling disappointments that much easier because I just remember my mom's words and know that something better is meant to come my way.






Black Secret.

Ini tentang seseorang kawan lelaki yang sangat rapat dengan aku. Dia sangat baik dengan aku. Dia sayang dekat aku. Memang lah. Aku pun sayang giler kat dia. Dia best kalau keluar dengan dia mesti sentiasa senyum meleret punya. First kita jumpa, masa exam. Ambil paper BM. Pastu, dia tengok tengok kat aku dan sebut "roarer" banyak kali. Aku pun pandang lah. Sebab aku punya FB nama "Ateerah Roarer" pastu aku pandang lah kat dia. Aku nak tegur sangat. Tapi, exam dah nak mula. Semasa exam tu, aku asyik teringat kat dia. Nak dapat numb dia lah apa lah. Heii -.- Pastu, lepas exam je, dia tunggu bas. Aku mintak dia teman. Aku minta lah numb dia kat kawan aku ni. Kawan aku pun bagi. Aku text lah ngan dia. Sampai hari seterusnya. Dia cakap dia suka kat aku. Aku pun happy lerr. Sebab aku pun ada hati jugak kat dia. Dahtu, dia cakap lah dia tak layak untuk aku. Kalau jumpa dia, mesti aku tak nak tegor pun. Tapi, dah aku bawa dia jalan hari sabtu, aku tegor lah dia. Dia pun tak sangka. Tu hari pertama kita keluar. Dahlah awek dia kawan FB aku. Waloweh. Pastu, aku pulak ada pakwe. Ni lah yang buat kami terhalang untuk couple. Tapi takpe lah. Kami pun semakin hari semakin rapat. Dia selalu nyanyikan lagu untuk aku. Dia ni mamat rappers tapi romantik! Dia suka tengok mata aku. Aku pun tak tahu kenapa. Aku masih ingat lagi dia nyanyikan lagu "selamat malam dari Faizal Tahir" untuk aku. Memang best! Kenangan paling best kami berdua pergi mengembara. Jalan jauh jauh pergi pasar malam lah taman lah. Dah juga hujan. Lajak je lah. Memang aku tak pat lupakan dia lah. Aku pernah juge break ngan pakwe aku gara-gara nak couple ngan dia. Tapi, kawan aku semua larang. Mereka mana tahu apa ku rasa kan? Hmm. Takpelah. Sekarang dia telah pun study kat kuching. Mesti dia jumpa awek dia pun ^^ Takpelah. Lagi pun masih dapat contact melalui handphone. Cuma jarang je. Malas nak kacau hubungan dia.Harap dia happy jer lah. Satu perkara je aku dan dia kena ingat "mencintai tidak semestinya memiliki" . Tu jerlah.

Monday, 16 January 2012

kawan dan sahabat - Berbeza :)


Orang kata kawan dan sahabat adalah dua perkara yang berbeza. Kawan senang dicari tetapi tidak sahabat. Kita boleh berkawan dengan sesiapa sahaja yang kita suka dan memiliki seberapa ramai kawan yang kita mahu. 
Namun sahabat hanyalah untuk orang tertentu sahaja. Sahabat lebih akrab hubungannya. Susah senang segalanya boleh dikongsi bersama. Dan kerana itulah kita sering mendengar kata-kata seperti ini; “waktu kita senang, ramai kawan yang menghampiri, tetapi waktu kita susah ramai kawan yang lari’. dan “kawan ketawa senang dicari, kawan menangis susah dicari”. 
Persahabatan tidak terjalin secara tiba-tiba tetapi memerlukan proses yang panjang seperti menajamkan besi. Persahabatan diwarnai dengan pelbagai pengalaman suka dan duka, dihibur, disakiti, diperhatikan, dikecewakan, didengar, diabaikan, dibantu, ditolak, namun semua ini bukanlah disengajakan apa lagi untuk menimbulkan kebencian. 
Kerinduan menjadi sebahagian daripada proses menjalin persahabatan. Semua orang pasti memerlukan sahabat sejati, namun tidak semua orang berjaya mendapatkannya. Ramai juga yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yang kecewa kerana dikhianati sahabatnya. 
Antara perkara yang sering menyebabkan runtuhnya sebuah persahabatan ialah masalah perniagaan (wang), ketidakbukaan, ketidaksetiaan, perubahan perasaan, dan kehilangan kepercayaan. Mempunyai seorang sahabat sejati lebih berharga daripada seribu teman yang mementingkan diri sendiri. 
Memang tidak ramai antara kita yang mempunyai sahabat. Yang ramai ialah kawan. Mungkin ada orang menganggap pasangannya adalah juga sahabatnya. Dan tidak kurang juga yang menjadikan kawan sebagai sahabatnya. Yang pasti setiap daripada kita sekurang-kurangnya mempunyai seorang sahabat yang boleh kita berkongsi segala cerita. Dan juga sahabat itu sudah tentu kita percayakannya sepenuh hati. Sebagai seorang sahabat pula selayaknya dia memegang segala amanah, menyimpan segala rahsia sahabat itu tadi. 
Kepercayaan antara salah satu perkara penting dalam bersahabat. Hilangnya kepercayaan sahabat kepada kita pasti meruntuhkan tali persahabatan. Sekali kita merosakkan kepercayaan seorang sahabat kepada diri kita sampai bila-bila dia tidak akan mempercayai kita. Lalu seumur hidup kita terpaksa menanggung sakitnya apabila tiada siapa mahu mempercayai kita lagi. Dilabel sebagai ‘tidak amanah’, tidak boleh dipercayai’ amat menyakitkan. Lalu bagaimana selayaknya kita sentiasa dapat menjadi seorang sahabat malah orang yang boleh dipercayai? 
1. Peganglah rahsia sahabat anda dengan baik kerana ia melambangkan nilai diri anda sebenarnya. 
2. Jangan sekali-kali bercerita hal keburukan orang. Bercerita perihal keburukan orang sebenarnya akan memberi kesan negatif pada diri anda. Orang akan menilai anda daripada sikap anda itu. 
3. Peliharalah rahsia orang terutama sekali hal-hal yang melibatkan maruah seseorang. Walau seberat manapun rahsia tersebut simpanlah ia dengan rapi. 
4. Bercakaplah yang benar, tidak perlu mereka-reka cerita semata-mata untuk meraih simpati orang. Apabila kebenaran terserlah tentu sekali anda akan dibenci dan tidak dipercayai. 
5. Jangan mengumpat di belakang, lebih baik mengata di depan walaupun ia akan menimbulkan pergaduhan. Ini adalah lebih baik daripada bermanis-manis muka di depan tetapi menikam kawan dari belakang. 
6. Berlaku baik dengan ikhlas bukannya disebabkan ada ‘agenda’ disebalik kebaikan itu. 


*Jadi, pandai pandai lah pilih kawan*





Sunday, 15 January 2012

Don't you remember?

Aku dah tengok. Kau jumpa dengan dia. Nampak happy sangat kamu dua. aku harap kau happy dengan dia. dan aku tak nak lah kacau hubungan kau dan dia :) harap kau bahagia. tapi, honestly aku memang rindu sangat kat kau. banyak dah kenangan kita bersama. semua tu aku takkan lupa pun. walaupun kita tak d jodoh kan bersama. aku tahu, kita masing2 dh ada couple skarang. aku pun dah syg sangat kat couple aku. dan aku harap kau pun syg jugak kat couple kau :) hehe. walaupun hati aku sedih bila tengok wall kau dan dia. nampak happy sangat. tengok lagi gambar kamu berdua. memang sesuai. hee. kau jaga diri lah kat sana. and, for ur couple "please jaga dia baik2. hargai apa yang dia buat. sayang dia seadanya and so on. and, please jgn lukakan hati kawan aku okay? " so, ini jelah yang aku nak cakap. jangan lupe aku tau. aku syg kau kawan :) kite memang sesuai jadi kawan. hee. ni jelah. ingat2kan lah kenangan kite dulu. hehe. kalau kau dh dtg sini, aku nak kau cerita kenangan kau ngn dia. aku pun nak cerita knangan aku dan couple aku. sharing is caring kan? hehe. camtu lah kawan. ingat tau. aku takkan lupakan kau! sayang kau sangat :')





Am i wrong to be honest?

Arghhh hari ni memang gile. aku bermsg dgn dia. menang happy sangat. ckp rindu la ape lah. mcm mcm yang di ceritakan. dhtu dh dkat nak malam, aku text lah dgn dia. aku ckp aku nak terus terang. dhtu, dia bagi je aku terus terang. jadi aku terus terang lah. aku cakap semasa aku couple dengan dia, aku ada skandal dgn kwn aku sendiri. tapi kawan aku tu pun ada kekasih jugak. aku tak tahu camne aku boleh skandal dgn mamat tu. mungkin sbb aku terlalu sygkan dia kot. mentang2 lah couple aku dkat sri aman. dahtu senag2 aku pulak nak menggatal. memang terok lah aku ni, kesian kat dia dia memang kecewa abis. cara dia text aku pun dah lain dh. dia tanya mcm2 pulak. aku pun dah blurr. memang tak gune lah aku ni. tak pernah menghargai ape yang dia buat. tapi, sekarang takde lagi tau. aku setia kat dia. tapi aku risau sangat mase tu. garu kepale je yang aku dpt buat dahtu merayu2 kat dia mcm ape. post lagi kat FB. aku memang risau gile. aku takut dia tak percaye kat aku lagi. salah ke aku nak terus terang? aku tahu lah tu salah aku. tapi aku tak tenteram lah bila aku masih nak tipu dia. tulah aku nak terus terang. tak sangka pulak dia merajuk sampai mcm tu. arghhh. aku memang risau gile. aku takut dia tinggalkan aku, aku tak nak lah kan. aku sayang sangat lah kat dia. dia baik lah. aku pun sedih bila tengok dia sedih dan kecewa. aku dh try nak buat dia happy balik. tapi tak dapat. sampai aku cari kat goggle lagi cerita lawak nak bagi kat dia. tapi tak jadi. aku takut dia fikir aku tak serius.errrr. mcm2 lah. tapi takpe lah. esok kan ade lagi. nanti try lagi. hehe. nasib dia maafkan aku walaupun dengan sakit hati. ade kurang lah sikit dosa aku kan? ek elahhh. kurang ape? aku ni heartless tol lah. errr. dia ckp dia nak aku berubah. nanti lah aku try. nak setia lah lepas ni ^^ ek elahh. harap dapat. doadoakan jelahhh. hehe. sayang lah kat ayum. hehe.

Setiap apa yang terjadi, mesti ada hikmah di sebaliknya :)

Awal pagi pukul 3 dah aku bangun sebab mimpi burok. Dahtu, aku text lah dia. Tapi, yang dtg msg digi pulak. Msg sending failed. aku kol lah *126# tengok2 credit aku expired. bingong giler aku. Nak text dia pun tak dpt. dahtu, aku bingong2 terus tertido. Bangun pukol tujuh pinjam hp kakak terus text dia ckp aku takde credit. Rindu gile bila tak dpt text. Pastu dia pun reply lah. Kira2 dlm pukol 9. Aku pun happy. Dahtu aku tunggu dia text aku lagi ckp rindu ke ape ke. Tapi takde. kecewa habis lahhhh.. Teruslah aku ambil duit dalam purse. Tu pun duit 5 ringgit yang aku tapok supaya aku tak guna duit tu. Tapi, nak pakai juga untuk aku reload. sebab aku rindu sangat kat dia! Aku kira bila dh ada credit, nak text dia terus cari gadoh nak marah dia kenape dia tak text aku. HEHE! terus lah aku ke kedai nak reload. aku pegang lah duit tu. bukan main semangat. dh nak sampai kedai, duit aku hilang. Mak oi! kecewa habis. kene pukau ke ape ku ni! aku rase mcm ada org ambil je duit tu kat tangan aku. erghh ape kes lah! dh la duit itu satu2 nye yang aku ade. satu2 nye yang aku lama simpan. Dh tu aku masok kereta dgn muka kecewa dan tak bckp. Aku terus gune hp mak aku untuk inbox dia ckp aku tak dpt reload sbb duit hilang. Erghh dalam kereta tu jugak lah aku mengalirkan air mata. Nangiss! haha seganas2 aku ni pun pandai nangis juga tau? haha. pastu aku pun takde mood lah. diam je. tangok2, ada orang miskol. dh bukak, ada 3 msg aku dpt. 2 msg reload. 1 lagi tolak advance. rupe2nye, dia yg reload untuk aku. terus happy lah. muka muram pun sudah banyak senyum. haha! tadi nak merajuk pun tak jadi. hehe. baik betul lah dia :) Setiap apa yang terjadi, pasti ada hikmah d sebaliknya.

Friday, 13 January 2012

Cinta Remaja


Cinta ketika remaja, adakah ia perlu, harus atau tidak? Terdapat pelbagai pendapat tentang hal ini namun bagi saya cinta sesama insan ketika remaja boleh dijalinkan asalkan masing-masing tahu batasan dan mengawal perasaan cinta itu.Perasaan untuk mencintai dan dicintai memang tidak dapat dielakkan oleh semua insan terutamanya bagi remaja. Perhubungan ini seharusnya membawa kesan yang positif bagi remaja kerana mereka mempunyai pendorong untuk memberi galakan atau persaigan dalam bidang pelajaran selain daripada ibu bapa mereka yang sentiasa mendoakan kejayaan mereka.Namun remaja haruslah mengamalkan sikap berhati-hati dan tidak melanggar batasan adat timur dan agama semasa bercinta. Mereka seharusnya mengikut perasaan remaja mereka dan sama-sama belajar untuk menjadi orang dewasa yang lebih baik.Ramai pasangan yang melafazkan cinta, tetapi sebenarnya mereka tidak mengetahui mengapa dan Kenapa mereka bercinta. Alam percintaan sememangnya indah, bagi pasangan yang sedang asyik dilamun cinta, dunia ini ibarat mereka yang punya.Namun begitu masih ramai yang tidak mengetahui apa itu cinta dan bagaimana mahu menjadikan ikatan cinta yang dijalin akan terus membawa ke jinjing pelamin. Kefahaman tentang konsep cinta antara lelaki dan wanita perlu diketahui serba sedikit agar hubungan cinta yang dijalin tidak membawa kepada kekecewaan.Bagi wanita cinta adalah sejenis emosi. Kepada orang lelaki cinta adalah suatu peristiwa, suatu kejadian dan bukannya emosi. Setiap peristiwa mempunyai permulaan dan penghujung. oleh itu bagi orang lelaki sekali mereka jatuh cinta dengan wanita, maka cinta itu akan terus kekal jika tiada halangan yang menimpa.Oleh sebab itu, lelaki apabila telah melafazkan cintanya kepada wanita, tidak kiralah melalui apa sekali pun, sama ada ikatan janji yang diucapkan sesama sendiri, ikatan tali pertunangan, mahupun melalui pernikahan, maka baginya selepas itu perkataan cinta tidak perlu disebut-sebut lagi.Berlainan pula dengan wanita, mereka mahu sentiasa mendengar kata-kata belaian kasih dibisikan di telinga mereka walaupun seribu kali dalam sehari. Inilah yang menjadi perbezaan ketara istilah “cinta” bagi lelaki dan wanita.




My Boyfie

Full name dia Muhammad Qayyum. Known as Qayyum or Ayum. Asal dari Miri kalau tak salah. Birthday dia, 4 January. Kami mula mengenali diri masing-masing pada 27 october 2011. Sebelum ini kami bersekolah di tempat yang sama tetapi tidak pernah menegur sama sendiri. Dan mula mengenali dan bertegur sapa di Facebook. Kami bercouple pada tarikh 11.11.2011. Tetapi, belum berjumpa kerana dia berada di kuching dan Sri Aman. Kami mempunyai banyak persamaan dan perbezaan. Dia sangat baik, pelawak, tidak serius, pemalu, penyayang, memahami, memgambil berat dan seorang yang bergaya. Dia minat bermain skate dan berlumba motor. Makanan kegemaran dia, Ayam. Dan dia tak pandai makan Sayur. HEE. Dia suka minum air Coca-cola. Warna kegemaran dia sama seperti aku iaitu warna merah dan putih :) Kami juga sama meminati jenama Converse. Tetapi, dia lebih meminati brand Adidas dan Levi's. Dia juga gemar menggunakan jam tangan. Kami mula berjumpa pada tarikh 14.12.2011. Dan, ia telah mun melimpas sebulan kami bercouple. Dan kami mula keluar bersama-sama pergi ke pantai, parkson, dan sebagainya. Dan, saya telah menyambut tahun baru aku bersama dia dan adik beradik aku yang lain. Kami lepak sehingga pukul 3. Itulah kenangan yang paling gembira. Dan, kenangan yang gila yang pernah kami lalui ialah pada tarikh 4.01.2011 iaitu tarikh birthday dia. Dia berasa sangat gembira kerana aku telah memberi hadiah kepada dia



Dengan kegembiraan tersebut, kami juga di basahi dengan hujan lebat, Lalu berhenti d parkson untuk berteduh. Dan dia membelanja saya makan Big Apple. Hee. Dan setelah pulang ke rumah, dia pun melihat apa yang telah aku beri kepada nya iaitu jam berserta kad kad, gambar dan sebagainya. IKHLAS. Hee. dan sekarang kami telah bercouple selama 2bulan++ saya harap kami akan kekal lama. HEE. Sebab aku terlalu sayangkan dia! 




Muhammad Qayyum LOVE Husna Athirah :)