Dengan kegembiraan tersebut, kami juga di basahi dengan hujan lebat, Lalu berhenti d parkson untuk berteduh. Dan dia membelanja saya makan Big Apple. Hee. Dan setelah pulang ke rumah, dia pun melihat apa yang telah aku beri kepada nya iaitu jam berserta kad kad, gambar dan sebagainya. IKHLAS. Hee. dan sekarang kami telah bercouple selama 2bulan++ saya harap kami akan kekal lama. HEE. Sebab aku terlalu sayangkan dia!
Friday, 13 January 2012
My Boyfie
Full name dia Muhammad Qayyum. Known as Qayyum or Ayum. Asal dari Miri kalau tak salah. Birthday dia, 4 January. Kami mula mengenali diri masing-masing pada 27 october 2011. Sebelum ini kami bersekolah di tempat yang sama tetapi tidak pernah menegur sama sendiri. Dan mula mengenali dan bertegur sapa di Facebook. Kami bercouple pada tarikh 11.11.2011. Tetapi, belum berjumpa kerana dia berada di kuching dan Sri Aman. Kami mempunyai banyak persamaan dan perbezaan. Dia sangat baik, pelawak, tidak serius, pemalu, penyayang, memahami, memgambil berat dan seorang yang bergaya. Dia minat bermain skate dan berlumba motor. Makanan kegemaran dia, Ayam. Dan dia tak pandai makan Sayur. HEE. Dia suka minum air Coca-cola. Warna kegemaran dia sama seperti aku iaitu warna merah dan putih :) Kami juga sama meminati jenama Converse. Tetapi, dia lebih meminati brand Adidas dan Levi's. Dia juga gemar menggunakan jam tangan. Kami mula berjumpa pada tarikh 14.12.2011. Dan, ia telah mun melimpas sebulan kami bercouple. Dan kami mula keluar bersama-sama pergi ke pantai, parkson, dan sebagainya. Dan, saya telah menyambut tahun baru aku bersama dia dan adik beradik aku yang lain. Kami lepak sehingga pukul 3. Itulah kenangan yang paling gembira. Dan, kenangan yang gila yang pernah kami lalui ialah pada tarikh 4.01.2011 iaitu tarikh birthday dia. Dia berasa sangat gembira kerana aku telah memberi hadiah kepada dia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





No comments:
Post a Comment